Biodata Penulis

Tengku Putra Indera Wangsa bin Tengku Aziz, lahir di Klang, Selangor pada tahun 1997. Membesar dan mendapat pendidikan awal di Alor Setar, Kedah. Seterusnya penulis melanjutkan pengajian di peringkat STAM di Maahad Imtiyaz - AIM di Ipoh, Perak dan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - UniSHAMS (atau lebih dikenali dengan nama INSANIAH / KUIN). Setelah tamat pengajian Ijazah pada tahun 2021, penulis mula menceburi dunia kewangan islam.

Kini, penulis merupakan pegawai eksekutif / juruaudit syariah di salah sebuah agensi kerajaan. Penulis juga merupakan Certified Shari'ah Advisor & Auditor (CSAA) fellow oleh Accounting and Auditing Organization For Islamic Financial Institusions - AAOIFI. Selain CSAA, penulis juga merupakan alumni bagi Certificate In Shariah For Banking And Finance - CSBF anjuran IRCIEF, Universiti Islam Selangor - UIS (atau lebih dikenali dengan nama KUIS). Penulis juga sering menyertai webinar syariah dan kewangan islam yang dianjurkan oleh banyak pihak.

Selain syariah dan kewangan islam, penulis juga mempunyai minat yang mendalam dibidang perakaunan, pengurusan projek dan pengurusan bandar.






laman sesawang rujukan:

  1. https://aaoifi.com/aaoifi-active-fellows/?lang=en
  2. https://www.royalark.net/Malaysia/selang6.htm