Konsep Patuh Syariah Dalam Pertandingan Dan Hadiah



Pertandingan dilaksanakan dalam banyak bentuk. Ada yang anjurkan pertandingan dalam bentuk acara sukan, kebudayaan, sains, untuk tujuan promosi, CSR dan lain-lain. Tujuan utama pertandingan adalah untuk menentukan yang terbaik diantara peserta. Pertandingan dianjurkan oleh banyak pihak baik kerajaan, syarikat swasta, Persatuan, NGO, dan lain-lain termasuklah institusi kewangan Islam (IKI).

Pertandingan secara umumnya ada dua jenis. Yang pertama adalah tanpa hadiah, dan yang kedua adalah beserta hadiah. Bagi pertandingan tanpa hadiah, tiada isu pematuhan syariah dari aspek muamalat, namun tatacaranya hendaklah tidak melanggar prinsip syariah yang lain seperti tidak menghalang solat dan puasa, tidak berlaku pergaulan bebas, tidak mengganggu alam dan persekitaran (seperti merosakkan harta benda, menyebabkan pencemaran), tidak meruntuhkan akhlak, dll.

Bagi pertandingan yang menyediakan hadiah untuk pemenang, menurut Accounting and Auditing Organization For Islamic Financial Institution (AAOIFI) hadiah hendaklah disediakan samada daripada fund penganjur, atau pihak ketiga, atau salah seorang daripada peserta pertandingan (jika jumlah peserta melebihi seorang).

Bagi pertandingan yang dikenakan yuran, hasil kutipan yuran peserta pertandingan tidak boleh dijadikan sebagai hadiah mahupun digunakan untuk membeli hadiah. Seandainya yuran tersebut digunakan untuk membeli barang/peralatan selain daripada hadiah seperti makanan, kit untuk peserta, dll tidak menjadi masalah.

Bila sentuh topik berkenaan pertandingan dan hadiah, maka topik yang terkait juga adalah lucky draw. Apa pandangan syariah berkenaan lucky draw? Adalah diharuskan sekiranya tiada sebarang syarat pembayaran yuran atau pembelian barang/manfaat selagimana hadiah yang ditawarkan tersebut adalah patuh syariah.

Jika melibatkan pembelian barang/manfaat, syarat-syarat berikut perlulah dipatuhi :

  • Tiada yuran dikenakan untuk menyertai lucky draw;
  • Harga barang/manfaat yang dijual mestilah sama sebelum lucky draw dilaksanakan. Jika harga barang/manfaat dinaikkan, baik secara direct mahupun indirect (seperti caj pengurusan, dll dinaikkan) maka tidak dibenarkan;
  • Barang/manfaat yang dijual tersebut mestilah barang/manfaat yang secara umumnya bernilai/boleh digunakan, bukannya barang/manfaat yang tiada siapa mahu membelinya melainkan untuk melayakkan diri untuk memenangi hadiah lucky draw; dan
  • Peluang yang sama untuk semua peserta (adil). Jika lucky draw melaksanakan multiple entry entitlement, maka jumlah kelayakan mestilah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan untuk kelayakan.
Pemberian hadiah oleh IKI

Untuk IKI dan yang mirip dengannya, pelaksanaan pemberian hadiah kepada pengguna seringkali dilaksanakan untuk tujuan promosi dan sebagainya. Untuk IKI memberikan hadiah, perlu berhati-hati supaya tidak berlaku risiko ketidakpatuhan syariah. Pemberian hadiah tidak boleh dikhususkan kepada pengguna akaun semasa (current account) secara eksklusif. Ini kerana akaun semasa menggunakan akad pinjaman (Qard) dan sebarang pulangan (termasuklah dalam bentuk hadiah) adalah dilarang kerana penambahan tersebut (baik wang, barang, atau manfaat) adalah riba. Pemberian hadiah kepada pengguna akaun peraburan dibenarkan dengan syarat sumber hadiah bukan daripada fund pelaburan, dan pemberian hadiah tidak menjurus kepada menjamin pulangan kapital pelaburan.

Adapun pemberian hadiah bagi produk IKI yang lain seperti pembiayaan (akad Murabahah/Tawarruq dll), pertukaran wang, fund transfer, simpanan, dan lain-lain tiada masalah.

Hal yang sama bagi Ar Rahnu. Seandainya Ar Rahnu menawarkan pembiayaan bercagar yang masih menggunakan akad Qard, maka pemberian hadiah tidak dibenarkan. Seandainya menggunakan akad Murabahah /Tawarruq, maka tiada masalah. Untuk produk yang lain seperti penyimpanan emas tiada masalah untuk pemberian hadiah.

Pemberian hadiah oleh penjual

Untuk pemberian hadiah oleh penjual, ada 3 situasi iaitu penjual menawarkan hadiah yang khas bagi pembeli barang/manfaat, penjual menawarkan hadiah namun tidak declare hadiah tersebut, dan penjual menawarkan hadiah kepada pembeli jika pembeli membeli lebih banyak barang/manfaat. Untuk ketiga-tiga situasi ini tiada isu kepatuhan syariah dan dibolehkan.

Infografik ringkas seperti berikut



WallahuAlam
==========
*Pandangan peribadi penulis
*Rujukan : AAOIFI


0 Comments