Bank berperanan memudahkan urusan manusia untuk mencapai hajat yang memerlukan penggunaan wang. Selain pembiayaan aset, bank turut menawarkan khidmat penggunaan pembiayaan melalui kad. Berbeza dengan pembiayaan biasa, pembiayaan melalui kad lebih fleksibel dan menawarkan ganjaran yang lebih banyak dengan terma dan syarat yang tertentu. Apakah perbezaan antara kad-kad yang ditawarkan oleh bank? Serta bagaimana ia berbeza dengan kad-kad yang ditawarkan oleh bank konvensional?
Kad Debit
Kad debit mempunyai dua fungsi utama iaitu masuk dan keluarkan wang tunai dari / ke dalam akaun bank (akaun simpanan, akaun semasa) dan digunakan untuk membayar barang (atau manfaat) yang dibeli. Biasanya had limit adalah berdasarkan jumlah wang yang terkandung dalam akaun tersebut. Setiap transaksi tiada caj yang dikenakan oleh pihak bank kepada pemegang kad melainkan pengeluarkan tunai melalui mesin ATM yang disediakan oleh pihak lain.
Penggunaannya mudah, serta hampir setiap orang memilikinya. Kad debit juga boleh digunakan untuk bayaran pembelian di platfom dagangan atas talian dengan memasukkan nombor yang terkandung pada kad tersebut.
Kad Kredit
Kad kredit berbeza dengan kad debit. Fungsi utamanya adalah semata-mata digunakan untuk membayar barang (atau manfaat) yang dibeli berdasarkan had (credit limit) yang ditetapkan oleh pihak bank. Penggunanya tidak perlu membayar serta merta kepada pihak bank, sebaliknya diberi tempoh *(biasanya 20 hari) untuk menjelaskan bayaran dalam satu kitaran tempoh *(biasanya sebulan). Pemegang kad kredit juga diberi pilihan untuk membayar minimum atau jumlah keseluruhan penggunaannya.
Contohnya Ali menggunakan kad kredit oleh Bank A. Kitaran tempoh bayaran tertangguh Ali adalah bermula pada 1 hingga 31 Januari. Setiap pembelian Ali dalam tempoh tersebut yang menggunakan kad kredit akan direkodkan dan dikumpul. Setelah selesai kiraan tempoh, Ali perlu membayar bayaran tertangguh tersebut kepada pihak Bank A. Jika Ali gagal membayar jumlah terhutang dalam tempoh 20 hari tersebit, Ali perlu membayar ganti rugi (Ta'wid) dan / atau denda (Gharamah).
Kad Caj
Kad caj hampir menyerupai kad kredit, tetapi terdapat sedikit perbezaan iaitu pada pembayaran dan had penggunaannya. Kad kredit dibenarkan bayaran minimum tetapi tidak kad caj. Pengguna kad caj perlu membayar penuh pada tempoh yang ditetapkan. Had limitasi penggunaannya juga lebih tinggi berbanding kad kredit. *Kad caj kurang popular penggunaannya jika dibandingkan dengan kad kredit oleh kerana syarat yang lebih ketat dari pihak bank.
Terdapat beberapa istilah yang digunakan seperti:
- Akaun Simpanan / Savings Account
- Akaun Semasa / Current Account
- Jumlah keseluruhan had kredit/ Total Credit Limit
- Had kredit tersedia / Available Credit Limit
- Baki Tertunggak/ Outstanding Balance
- Baki Penyata / Statement Balance
- Tarikh Penyata / Statement Date
- Tarikh Akhir Pembayaran / Payment Due Date
- Jumlah Bayaran Minimum / Minimum Payment Amount

.jpg)
0 Comments