Perbezaan Tawarruq, Bai' al-Inah, dan Bai' al-Wafa'

Perkembangan institusi kewangan Islam (IKI) di Malaysia telah melangkaui 40 tahun, bermula dengan termaktubnya Akta Perbankan Islam / Islamic Banking Act 1983 sehinggalah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam / Islamic Financial Services Act 2013 yang digunakan sehingga hari ini. Banyak produk kewangan Islam yang dihasilkan untuk memberikan pembiayaan kepada setiap yang memerlukan. 

Antaranya adalah Bai' al-Inah dan Tawarruq. Namun, ketika kehadiran dua kontrak ini diraikan sebagai penyelamat umat islam dari bencana Riba, kedua-dua kontrak ini turut dikritik oleh cendekiawan syariah dan ahli ekonomi. Salah satu dari kritikan tersebut adalah kerana produk akad ini adalah berbasiskan hutang (debt based) dan tidak menyelesaikan masalah inflasi. Apakah berbezaan antara kedua ini? Serta bagaimana ia berbeza dengan satu lagi akad yang hampir serupa iaitu Bai' al-Wafa'?


Bai' al-Inah

Bai' al-Inah adalah satu kontrak jual beli yang dilaksanakan oleh dua pihak dimana penjual menjual suatu barang secara ansuran kepada pembeli, dan membelinya semula dengan harga yang lebih rendah secara tunai.

Contohnya, Ali menjual keretanya kepada Abu dengan harga RM 50,000 secara ansuran, dan Abu menjual semula kereta tersebut kepada Ali dengan harga RM 45,000 secara tunai.

Terdapat dua pandangan bagi kontrak jual beli ini, iaitu pandangan pertama adalah haram menurut majoriti ulama manakala pandangan kedua adalah harus (dengan syarat-syarat) menurut Syafi'iyah. Pandangan yang mengharamkannya adalah kerana Bai' al-Inah ini dilihat seperti helah untuk melaksanakan pinjaman riba. Namun, pada pandangan yang mengharuskannya pula adalah terdapat dua jual beli yang berasingan serta tiada masalah melaksanakannya jika memenuhi syarat-syarat tersebut.


Bai' al-Wafa'

Bai' al-Wafa' pula adalah jual beli bersyarat yang mana jika penjual membayar semula harga yang sama kepada pembeli, barang tersebut menjadi miliknya (penjual) semula. Dari segi harga, tiada peningkatan mahupun pengurangan. Jual beli ini juga hampir mirip dengan Rahn.

Contohnya, Ali menjual keretanya kepada Abu dengan harga RM 50,000. Keesokan harinya, Ali membeli semula kereta tersebut dengan membayar RM 50,000 kepada Abu.

Akad ini juga terdapat dalam nama yang lain seperti Bai' al-Thanaya, Bai' al-'uhdah, dan Bai' al-Amanah.


Tawarruq

Berbeza dengan Bai' al-Inah dan Bai' al-Wafa', Tawarruq sekurang-kurangnya melibatkan 3 pihak. Tawarruq secara klasik berlaku melalui akad jual beli yang tidak dikawalselia, dan dilaksanakan secara manual sepenuhnya. Contohnya seseorang yang berkehendak untuk dapatkan wang membeli barang dari Pihak A secara hutang, dan menjualnya kepada Pihak B secara tunai.

Zaman kini, dalam industri kewangan islam tawarruq menjadi salah satu produk utama pembiayaan. Pengamalan di Malaysia : Tawarruq yang dilaksanakan adalah melalui platfom yang dikawalselia bagi memudahkan urusan serta bebas dari unsur gharar. Kebiasaannya, komoditi yang digunakan untuk  suatu transaksi adalah minyak kelapa sawit (Crude Palm Oil - CPO), plastik resin, aluminium, dan lain-lain komoditi yang disenaraikan (oleh platfom). Antara platform yang sering digunakan adalah Bursa Suq' al-Sila (BSAS), AbleAce, Sharokah, dan lain-lain. 


Pandangan Regulator dan pembuat standard

  • Majlis Penasihat Syariah - Bank Negara Malaysia (regulator) membuat keputusan bahawa bai' al-Inah & Tawarruq boleh diamalkan (dijadikan sebagai produk pembiayaan) di Malaysia.
  • Majlis Penasihat Syariah - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (regulator) turut membuat keputusan bahawa Bai' al-Inah, Bai al-Wafa' & Tawarruq boleh diamalkan.
  • Accounting and Auditing Organization For islamic Financial Institutions - AAOIFI (badan pembuat standard antarabangsa) berpandangan bahawa Bai' al-Inah adalah dilarang sama sekali, manakala Tawarruq hanya dibenarkan untuk kegunaan institusi kewangan islam apabila berlaku kekurangan tunai (liquidity). Tawarruq tidak dibenarkan untuk dijadikan sebagai produk pembiayaan & pelaburan.

infografik ringkas adalah seperti berikut

WallahuAlam

==========

*Pandangan peribadi penulis

**Rujukan: AAOIFI, Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti



0 Comments