Muamalat: Perbezaan Antara 'Aariyah & Qard

 


Dalam Bahasa Melayu, pinjam barang dan pinjam wang menggunakan perkataan yang sama. Namun, hal yang berbeza bagi Muamalat. Pinjam barang dan pinjam wang dibanggap berlainan oleh kerana mempunyai ciri yang berbeza. Istilah yang digunakan oleh para Fuqaha' berkenaan perkara ini adalah al-'Aariyah dan al-Qard. Di dalam kitab Fiqh al-Muamalat, al-'Aariyah ditulis di bawah perbahasan Tabarruat manakala al-Qard ditulis dibawah Mudayanat.

Al-'Aariyah

Al-'Aariyah adalah pinjaman suatu barang, yang mana peminjam meminjam barang untuk dapatkan manfaat daripadanya. Dari sudut pemilikan, barang yang dipinjamkan masih dimiliki oleh pemilik asal. Peminjam perlu pulangkan barang yang sama kepada pemiliknya. Di dalam kitab Fiqh al-Muamalat turut dinyatakan bahawa pada asalnya al-'Aariyah ini adalah Mandub oleh kerana ia adalah sebahagian daripada Ihsan. Ia juga boleh bertukar menjadi wajib, haram, dan makhruh jika mendorong kepada setiap satunya. Ciri-ciri barang yang dipinjamkan pula adalah bersifat kekal, tidak habis / rosak apabila menggunanya.

Al-Qard

Al-Qard pula berbeza dengan al-'Aariyah, iaitu pinjaman barang yang boleh habis atau rosak. Contohnya adalah wang, kurma, gandum, dan lain-lain lagi. Dari sudut pemilikan, barang yang dipinjam akan bertukar milik menjadi milik peminjam, dan peminjam perlu gantikan nilai yang setimpal dengannya. Seperti al-'Aariyah, hukum al-Qard boleh bertukar daripada Mandub kepada wajib, makhruh, dan haram berdasarkan keadaan tertentu.

WallahuAlam

=========

*Pandangan Peribadi Penulis

*Rujukan: Kitab Fiqh al-Muamalat

0 Comments