Isu pengubahan wang haram atau penyucian wang ini semakin hari semakin banyak dibahaskan sama ada di alam nyata mahupun di alam maya. Kes demi kes dibongkarkan berkaitan hal ini melibatkan ahli politik, ahli perniagaan, ahli NGO, dan ahli di bidang lain-lain yang terlibat.
Isu penyucian wang ini turut dibahaskan oleh para ulama dalam kerangka Muamalat. Terdapat perbahasan ringkas mengenal isu ini di dalam kitab Fiqh al-Muamalat al-Maaliyah.
1. Definisi
Penyucian wang (atau pemutihan wang) ialah satu proses guna / labur wang yang diperolehi daripada
i. sumber yang tidak sah, atau
ii. wang yang terlepas daripada cukai, dalam aktiviti yang sah / baik,
bertujuan untuk menyembunyikan maklumat sumber wang tersebut, dan melarikan diri daripada pendakwaan undang-undang. Maka, (kebiasaannya) pelaku akan mencari perlindungan di bank (seperti bank Cayman Islands, bank Amerika dan Itali), lalu mengeksploitasi prinsip kerahsiaan akaun bank (untuk tujuan penyucian wang tersebut).
Sumber yang tidak sahih
Wang kotor ini biasanya berasal daripada rasuah, penipuan, penyelewengan, rompakan, penyalahgunaan kuasa, dadah, pemerdagangan (yang tidak sah / mematuhi undang-undang), pemalsuan, melarikan diri selepas mendapatkan pinjaman bank tanpa jaminan, atau perdagangan barangan rosak, dan lain-lain yang bersumberkan jenayah dan kesalahan (dari sudut) ekonomi.
2. Faktor dan Kesannya
Sebenarnya, banyak faktor / perkara yang membantu berlakunya aktiviti penyucian wang ini. Antaranya adalah:
i. Pembukaan sempadan,
ii. Penyingkiran sekatan dan globalisasi perdagangan,
iii. Penggunaan elektronik moden,
iv. Ekonomi bawah tanah,
v. Kumpulan tekanan / sindiket mafia (kongsi gelap),
vi. Pakatan politik,
vii. Pegawai wang, dan
viii. Ulama yang mempunyai kepakaran undang-undang dan agama.
Selain itu, ia juga membantu penyembahan wang, penjualan hati nurani melalui kesan kawalan material, dan kelonggaran tanggungjawab dalam agama yang biasanya menjadi amalan di kalangan penganut agama tanpa pemerhati.
Aktiviti ini memberikan kesan buruk dari segi ekonomi dan sosial.
Antara kesan buruk terhadap ekonomi adalah pengeksploitasian ekonomi sesebuah negara untuk kepentingan negara lain, dan kemerosotan pendapatan sesebuah negara di dalamnya. *Turut menjadi kebimbangan adalah peningkatan hasil tidak patuh Syariah.
Dari sudut sosial pula, ia menyebabkan peningkatan pengangguran, dan ketidakadilan dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan, (kerana ia memindahkan pendapatan dan kekayaan daripada pengeluar dan mereka yang berhak kepada orang lain). Kesannya, ia akan menyebabkan pembaziran / pemborosan di satu pihak, dan kekurangan / kesempitan di pihak lain.
Seterusnya, kesan tersebut akan berlarutan dan membawa kepada ancaman inflasi serta peningkatan tahap hutang luar negara. Keselamatan negara turut terancam oleh kerana usaha sesetengah ahli kongsi gelap untuk melindungi diri mereka dengan senjata, kumpulan keganasan dan jenayah terancang.
3. Modus Operandi
Ada berbagai cara penyucian wang ini berlaku. Antaranya adalah wang kotor ini akan dikaburkan dengan cara mencampurkannya dengan hasil daripada aktiviti perniagaan yang sah menurut undang-undang, serta rekod dan transaksi yang dilihat seolah-olah asli.
Selain daripada itu, wang ini tidak digunakan untuk melabur di dalam negara, sebaliknya akan diseludup ke luar negara, disimpan dalam akaun rahsia di bank luar negara, atau digunakan untuk membeli saham, bon, sekuriti dan derivatif kewangan, emas dan logam berharga, barangan antik, mutiara dan permata, barangan tahan lama, kapal terbang, hartanah, istana dan senjata, atau digunakan untuk menyokong masjid, sekolah, institusi, pusat penyelidikan saintifik, dan universiti.
4. Perspektif Syariah
Pendapatan (wang kotor) ini dikira tidak sah serta tidak boleh dimanfaatkan oleh pemiliknya, bahkan ia mesti dikembalikan kepada pemiliknya jika mereka diketahui, atau dibelanjakan untuk kepentingan awam dan kebajikan, sebagai syarat untuk menghentikan usaha memperolehnya.
Dan jika seseorang itu terkenal dengan pendapatan ini, dan berterusan memakannya / melaksanakannya, maka dia tidak boleh diterima dalam kerja-kerja kebajikan, dalam aktiviti-aktiviti menghafal al-Quran, bahkan dalam membina masjid, dan apa-apa yang sepertinya, kerana ini dianggap seperti membantu dalam perkara haram, dan berterusan melakukan perkara tersebut.
Infografik ringkas adalah seperti berikut:
WallahuAlam.
*Pandangan peribadi penulis
**Rujukan: kitab Fiqh al-Muamalat al-Maaliyah
.jpg)

0 Comments