Maqasid Syariah (Objektif Syariah) secara umumnya adalah tujuan pensyariatan cara hidup dianjurkan dalam Islam yang mengandungi hikmah. Sebagai contohnya, disyariatkan perkahwinan dan pengharaman zina adalah untuk menjaga nasab / keturunan dan disyariatkan pengharaman arak adalah untuk menjaga akal. Terdapat perbahasan khusus tentang Maqasid Syariah oleh ulama silam seperti Imam al-Juwaini & Imam as-Syatibi dan ulama kontemporari seperti Imam Muhammad al-Tahir Ibn Asyur & Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam memberikan pandangan tentang ilmu ini.
Secara umumnya, Maqasid Syariah terbahagi kepada 3 jenis iaitu Daruriyat, Hajiyyat, dan Tahsiniyyat. Untuk Daruriyat, Maqasid terbahagi kepada 5 perkara yang asas iaitu Menjaga Agama, Nyawa, Akal, Nasab, dan Harta. Terdapat juga ulama lain yang menambah sehingga 6 perkara (ditambah maruah) dan lain-lain.
Dalam Muamalat, Maqasid Syariah turut diaplikasikan dalam kewangan Islam khususnya melibatkan Hifz al-Mal (Menjaga Harta). Contohnya seperti berikut:
- al-Adl (Adil) - Keadilan adalah aspek terpenting dalam kehidupan. Keadilan juga menjadi sumber kekayaan serta nadi dalam pergerakan ekonomi dan kewangan. Ketika berlansungnya majlis akad, tidak dikira akad bagi orang yang dipaksa untuk melaksanakannya.
- al-Rawaj (Alir) - Pengaliran harta dan kekayaan muslim pencetus keharmonian sosial. Amalan monopoli amat ditegah dalam Islam. Selain itu, harta kekayaan perlu sentiasa bergerak dan tidak berhenti (serta dibazirkan / tidak dimanfaatkan). Contohnya, Zakat dan Faraid.
- al-Wuduh (Jelas) - Kejelasan adalah objektif terpenting dalam berakad dan ini yang menjadi perbezaan utama antara kewangan Islam dan kewangan konvensional. Kewangan Islam bebas dari Gharar, setiap pihak yang terlibat cakna / tahu akan terma dan syarat akad, dll.
Pada November 2023, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memperkenalkan garis panduan Maqasid Syariah untuk diaplikasikan dalam produk kewangan Islam yang melibatkan Islamic Capital Market. Infografik seperti di bawah.
- Aspirasi 1 : Kemanusiaan
- Aspirasi 2 : Keadilan dan kebajikan
- Aspirasi 3: kejelasan dan ketelusan
- Aspirasi 4: Fleksibiliti dan inovasi
- Aspirasi 5: Fidusiari dan Akauntabiliti
- Aspirasi 6: Aksesibikiti dan inklisiviti


0 Comments