Hutang adalah aset bagi pemiutang dan liabiliti bagi penghutang. Hutang boleh jadi dalam tiga bentuk iaitu duit, barang, atau manfaat. Dalam perspektif syariah, ada banyak perkara yang boleh dibincangkan tentang hutang dan kaedah menyelesaikannya. Antaranya adalah jual beli hutang (Bai' ad-Dayn), pindah hutang (Hiwalah - AAOIFI: Hawalah), dan Pembersihan Hutang (Muqassah).
Jual Beli Hutang (Bai' Ad-Dayn / بيع الدين)
Jual beli hutang adalah proses menjual hutang kepada pihak yang ingin menerimanya. Secara umumnya hutang boleh dijualkan kepada penghutang ataupun kepada pihak ketiga.
i. Jual hutang kepada penghutang
Bagi hutang yang dijualkan kepada penghutang, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Tidak membawa kepada unsur riba,
- Bukan bermaksud untuk melakukan helah riba, dan
- Transaksi tidak membentuk satu hutang yang baru bagi penghutang, dan jumlahnya lebih besar daripada hutang yang sebelumnya.
ii. Jual hutang kepada pihak ketiga
Bagi hutang yang dijualkan kepada pihak ketiga, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Tidak dibenarkan untuk menjual monetary debt untuk dapatkan tunai atau monetary debt yang lain (melainkan melalui Hiwalah),
- Dibenarkan untuk menjual monetary debt untuk dapatkan barang atau manfaat secara segera. Tetapi, barang atau manfaat yang dapat secara tangguh seperti kontrak Salam adalah tidak dibenarkan (kerana hutang tidak boleh dijadikan sebagai kapital Salam),
- Tidak dibenarkan untuk menjual commodity debt atau manfaat yang tertangguh untuk dapatkan tunai, barang, ataupun manfaat,
- Tidak dibenarkan menjual hutang sekiranya terdapat unsur gharar (yang besar), dan
- Pembeli perlu diberikan pilihan untuk batalkan kontrak (melalui Khiar al-Taghrir). Sekiranya didapati penghutang mempunyai rekod yang buruk dalam berhutang, pembeli boleh batalkan kontrak pembelian hutang tersebut.
Pindah hutang (Hiwalah / حوالة)
Pindah hutang adalah proses pemindahan hutang yang berlaku antara tiga pihak iaitu penghutang, penukar, dan penerima. Sebagai contohnya, Ali berhutang dengan Abu sebanyak RM 1000. Seminggu sebelum itu, Amir berhutang dengan Ali juga RM 1000. Ali ingin memindahkan bayaran hutangnya (oleh Amir) kepada Abu. Kemudian, mereka bertiga sepakat dan Amir akan bayar terus kepada Abu. Ali bebas dari hutang. Dalam situasi ini, Ali adalah penukar, Abu adalah penerima, dan Amir adalah penghutang.
Untuk melaksanakan pindah hutang ini, terdapat dua keadaan berbeza iaitu yang dihadkan jumlahnya (restricted) dan yang tidak dijadikan jumlahnya (unrestricted). Kedua-duanya dibenarkan. Syarat yang perlu dipatuhi adalah:
- Perlu mendapatkan persetujuan antara ketiga-tiga pihak,
- Selepas berlakunya perjanjian, penukar tidak boleh mengutip hutangnya daripada penghutang, dan
- Seandainya didapati penghutang mempunyai rekod yang buruk, penerima boleh meminta bayaran hutangnya daripada penukar.
Pembersihan hutang (al-Muqassah / المقاصة)
Pembersihan hutang adalah proses penyelesaian hutang antara dua pihak bagi yang ada antara mereka. Pembersihan hutang ini terdiri daripada tiga jenis, iaitu atas permintaan (on demand), kewajipan (compulsory) dan juga persetujuan (contractual).
i. Pembersihan Hutang atas Permintaan
Untuk urusan ini, bagi penghutang yang memiliki kualiti hutang yang lebih besar (seperti hutangnya dijamin oleh pihak ketiga , atau tempoh pembayarannya lebih pendek / sudah due date atau nilai hutangnya lebih besar) boleh meminta untuk diselesaikan. Syarat untuk melaksanakan pembersihan hutang atas permintaan ini adalah perlu sama dari segi jenis dan bentuk. Pihak yang mempunyai hutang lebih berkualiti juga boleh memaksa pihak satu lagi untuk menerimanya.
ii. Pembersihan Hutang atas Kewajipan
Bagi pembersihan hutang atas kewajipan, syarat yang perlu dipenuhi adalah kedua-dua hutang antara dua pihak tersebut mestilah sama dari segi jenis, bentuk, ciri-ciri dan tempoh masa. Biasanya untuk hal ini, kedua-dua pihak tidak perlu cakna atau persetujuan kerana berlaku secara spontan.
*Pembersihan Hutang atas permintaan & kewajipan adalah dalam satu kategori yang sama, iaitu Mandatory Set-off.
iii. Pembersihan Hutang atas Persetujuan
Bagi pembersihan hutang atas persetujuan, tiada masalah jika hutang yang berlaku antara dua pihak tersebut tidak sama dari segi jenis, bentuk, ciri-ciri dan tempoh. Yang disyaratkan hanyalah persetujuan dan tidak membawa kepada unsur riba.
Infografik ringkas adalah seperti berikut
WallahuAlam
==========
*Pandangan peribadi penulis
**Rujukan: AAOIFI
.jpg)
.jpg)
0 Comments