Dalam pemberian pembiayaan biasanya disertakan kontrak sekuriti bersama sebagai jaminan kepada pihak yang menawarkan pembiayaan. Penerima biaya akan diminta untuk berikan aset sebagai cagaran / gadaian (Rahn) ataupun jaminan (Kafalah / Dhaman) oleh penjamin. Dalam mualamat, kedua-dua kontrak ini dibenarkan untuk dilaksana selagimana tidak bertentangan dengan prinsip syariah.
Di negara kita contohnya, orang yang memerlukan sejumlah wang mencagarkan emasnya (baik barang kemas mahupun gold bar) di Ar-Rahnu, pajak gadai Islam. Begitu juga dengan orang yang berkeinginan untuk membeli kereta namun mempunyai kekangan dan risiko tertentu yang dinilai oleh pihak institusi kewangan biasanya akan minta untuk dinamakan penjamin / guarantor.
Rahn (gadaian)
Gadaian di Malaysia agak popular dan sentiasa menjadi tempat untuk masyarakat dapatkan pembiayaan segera jangka pendek-sederhana baik Pajak Gadai yang tidak patuh syariah mahupun Ar-Rahnu. Ar-Rahnu di Malaysia pada asalnya menggunakan kontrak pinjaman (Qard) disertakan dengan kos pengurusan. Kini, kontrak pinjaman telahpun ditukarkan kepada Tawarruq. Prosesnya seperti berikut:
- Pemohon pembiayaan akan serahkan barang gadaian (emas) untuk ditimbang,
- Pegawai (wakil pemberi pembiayaan) akan menguji ketulenan dan berat barang gadaian,
- Pegawai akan maklumkan jumlah kelayakan yang layak diterima,
- Jika setuju, pemohon akan mengisi borang dan laksanakan transaksi komoditi murabaha / Tawarruq melalui platform yang disediakan,
- Barang kemas penerima biaya akan disimpan dan penerima biaya dapat wang seperti yang dipersetujui,
- Pembayaran berlansung seperti dalam tempoh perjanjian yang ditetapkan (tempoh matang)
- Apabila sudah capai tempoh matang dan penerima biaya telah membayar keseluruhan pembiayaan, maka penerima biaya boleh mengambil semula barang gadaiannya,
- Tetapi jika penerima biaya gagal membayar dalam tempoh seperti yang dijanjikan, maka pemberi pembiayaan boleh menjual barang gadaian sebagai ganti rugi dan lebihan dipulangkan semula kepada penerima biaya,
- Biasanya barang gadaian tersebut akan dijual secara lelong / dibida untuk mendapatkan harga tertinggi dalam jualan tersebut,
- Hal ini kerana selain daripada untuk membayar semula pembiayaan, hak penerima biaya juga dijaga supaya tidak berlaku kezaliman keatasnya.
- Barang gadaian milik penerima biaya tidak bertukar status secara automatik kepada pemberi biaya walaupun jika penerima biaya gagal membayar hutangnya.
- Jika pemberi biaya minat dengan barang gadaian tersebut, pemberi biaya perlu membelinya pada harga semasa (market value).
- Segala kos pengurusan simpanan perlu dikeluarkan oleh penerima biaya melainkan persetujuan antara pihak yang terlibat sebaliknya.
.jpg)
.jpg)
0 Comments